Mangsa penipuan beli kereta import murah di media sosial meningkat
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan peningkatan kes penipuan jual beli kenderaan secara dalam talian tahun ini dimana 818 kes direkod setakat Mei lalu dengan membabitkan kerugian RM9.7 juta.
Modus operandi yang dijalankan sindiket adalah menawarkan kenderaan import terpakai kononnya dari negara jiran pada harga lebih murah berbanding pasaran di media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik tersebut digunakan sindiket penipuan penjualan kenderaan secara dalam talian untuk memperdaya mangsa yang mengimpikan memiliki kereta mewah.
Ujar beliau, tahun lalu, sebanyak 1,336 kes direkodkan dengan kerugian lebih RM18,884,583, manakala 309 kes membawa kerugian lebih RM4,431,409 pada tahun sebelumnya.
“Berdasarkan siasatan, modus operandi yang sering digunakan adalah mengiklankan kenderaan import terpakai yang kononnya dari Singapura, Thailand, Jepun dan sebagainya di medium media sosial.
“Harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding pasaran semasa. Mangsa berminat dengan tawaran itu kemudian akan diminta memasukkan wang ke akaun keldai konon untuk pembayaran wang proses, cukai jalan, geran, kastam dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Ramli, bagaimanapun selepas wang dimasukkan, kenderaan dijanjikan tidak diterima mangsa.
Sehubungan itu, Ramli menasihati masyarakat supaya mengambil langkah pencegahan sebelum membuat pembelian seperti menyemak harga jualan semasa kenderaan terpakai di pasaran.
“Selain itu, pembeli juga boleh hadir secara fizikal ke syarikat jualan kenderaan terpakai untuk melihat sendiri kenderaan yang dijual serta berbincang dengan ejen jualan sah.
“Jangan mudah percaya dengan iklan jualan kenderaan terpakai yang menawarkan harga terlalu murah atau istimewa atas alasan pengecualian cukai kastam, kereta rampasan dan sebagainya yang tidak dapat dipastikan kesahihan,” katanya.
Beliau juga menyarankan pembeli agar memastikan urusan perjanjian jual beli melalui kaedah yang diperakui supaya tidak menjadi mangsa.
Tambahnya, pembeli juga boleh membuat semakan pengesahan akaun bank dan talian telefon terlebih dahulu di portal semakmule untuk mengenal pasti akaun terbabit penipuan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source