Polis China beri amaran ‘scam’ makan malam bersama Messi
BEIJING: Polis China memberi amaran wujud banyak penipuan dan tawaran tiket palsu untuk bertemu bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang tiba di ibu negara untuk perlawanan persahabatan menentang Australia Khamis ini.
Polis Beijing memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan yang tersebar secara meluas baru-baru ini, menjanjikan peluang makan malam ditemani Messi dengan bayaran 300,000 yuan (RM194,269).
Antara tawaran meragukan yang disiarkan secara dalam talian turut melibatkan penjualan pas masuk ke seluruh kawasan stadium dengan harga 5,000 yuan (RM3,237) dan pakej VIP istimewa tempat duduk barisan hadapan, jersi bertanda tangan dan gambar bersama Messi dengan harga lebih 8,000 yuan (RM5,180).
Terdapat juga iklan palsu yang menawarkan kemunculan Messi memberi pujian dan ulasan positif dalam penstriman secara langsung jualan produk dengan bayaran mencecah 50 juta yuan (RM32.3 juta).
Messi tiba di Beijing Sabtu lalu dan bakal mengetuai juara dunia menentang pasukan Socceroos di Stadium Pekerja yang baru diubah suai dengan kapasiti 68,000 orang.
Peminat bola sepak China teruja mendekati pemain terbaik dunia itu dengan tiket untuk perlawanan antara 580 yuan (RM375) hingga 4,800 yuan (RM3,109) sudah habis dijual.
Puluhan peniaga di platform beli-belah dalam talian Taobao dilaporkan turut mengambil kesempatan menjualan semula tiket berkenaan dengan harga mencecah 18,000 yuan (RM11,657), walaupun terdapat langkah anti-ulat tiket termasuk pengesahan pengenalan diri untuk memasuki stadium.
Beratus-ratus peminat menunggu di luar hotel pasukan Argentina di tengah Beijing sejak Sabtu lalu, dan ada yang sanggup menempah bilik di hotel sama dengan harapan dapat melihat kelibat Messi selepas gagal mendapatkan tiket perlawanan.-AFP
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source