Ustaz Wadi Perjelas Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil menjelaskan berhubung video tular memaparkan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, pada Sabtu lalu.
Menerusi video dikongsikan di TikTok Wardatulsakinah, Ustaz Wadi berkata beliau dijemput oleh tuan rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa.
BACA: “Aku Yang Segan Ustaz Wadi Ada” – Netizen Segan Tengok Resepsi Janna Nick Ala Barat
Menurutnya lagi, ketika tiba pada majlis itu beliau tidak nampak kelibat pasangan itu sebelum diminta untuk duduk di tempat yang disediakan.
@wardatulsakinah_ ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar
“Selepas lebih kurang 10 minit duduk di situ, pengerusi majlis buat pembukaan sikit kemudian dia mengumumkan untuk saya baca doa dan pengantin belum ada lagi. Itulah suasana yang berlaku.
“Saya tak tahu apa yang riuhnya (di media sosial). Kemudian, habis baca doa, selepas beberapa minit, pengantin pun diumum sampai pengantin dari hujung sana.
“Saya pun tengok… dan beritahu pembantu peribadi saya, kita kena balik kejap lagi. Jadi saya ambil keputusan tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif sehingga ke akhir majlis. Saya buat keputusan untuk terus balik,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Wadi berkata apa yang berlaku dalam mahlis itu kerana beliau dijemput untuk makan kenduri dan bacaan doa. Ujarnya lagi, beliau beredar daripada majlis selepas pengantin memberikan ucapan
“Selepas pengantin berucap dan beredar, saya pun bangun dan terus balik. Itulah yang berlaku. Saya dijemput untuk makan kenduri dan baca doa.
“Tapi apabila melihat keadaan begitu, kami terus balik.. boleh tanya penganjur. Itu yang diajar oleh agama Islam.. kita tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah pada orang.
“Hukum tetap hukum tetapi pada masa yang sama kita tidak mengeruhkan keadaan. Alhamdulillah tenang, pengantin pun okey, tak rasa apa-apa. Saya pun meraikan hukum menghadiri kenduri kahwin.
“Apabila saya di situ, baru saya tahu keadaan itu dan saya terus beredar dan itulah yang diajar oleh Islam,” ujarnya.
Terdahulu, ada segelintir netizen meluahkan segan apabila Ustaz Wadi berada di majlis berkenaan apatah lagi persalinan pengantin dilihat tidak menutup aurat.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source