Majlis Resepsi Ala Barat, Ramai Segan Janna Nick Jemput Ustaz Wadi Annuar – “Dengan Baju Tak Cukup Kain..”
Semalam, pelakon dan penyanyi, Janna Nick telah sah bergelar isteri kepada Dini Schatzmann dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid A’ishah Sungai Menghulu, Langkawi.
Terkini, pasangan selebriti itu telah mengadakan majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di Langkawi .
Difahamkan, majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Elfira Loy, Nabila Razali, Ain Edruce dan ramai lagi.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar turut dijemput ke majlis tersebut.
Malah, Ustaz Wadi Annuar juga ditugaskan untuk menjadi pembaca doa pada majlis resepsi yang bertemakan ala-ala barat itu.
@affendyjailani #jannanick #jannanickerfans #dinischatzmann #jannakahwin #jannanicknikal #fyp #fypindonesia
Bagaimanapun, kehadiran pendakwah bebas itu di majlis tersebut telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengatakan tema majlis resepsi pasangan selebriti itu tidak sesuai untuk dihadiri oleh seorang agamawan.
Bukan itu sahaja, ada segelintir pihak yang meluahkan rasa segan kerana persalinan pengantin dan beberapa tetamu lain juga tidak menutup aurat.
Berbeza pula dengan pendapat sesetengah netizen yang menganggap Ustaz Wadi Annuar hanya datang bagi memenuhi jemputan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source