Scha Alyahya Tak Suka Orang Biadap, Berlagak
Pelakon Scha Alyahya meluahkan rasa terkejut apabila dirinya dilabel artis biadap apabila dibandingkan dalam sebuah trend terbaru siapa artis Malaysia sopan atau biadap di laman Twitter.
Memetik Harian Metro, Scha berkata dia paling pantang dengan orang biadap serta mengakui sebagai manusia pasti ada terlepas pandang.
BACA: Awal Ashaari & Scha Alyahya Bawa Anak Bercuti Ke Jepun Jika Puasa Penuh
“Mungkin sedar tak sedar, saya pernah tak tegur orang, tak tersenyum. Jadi, mustahillah kita sebagai manusia ini tak pernah buat salah. Cakap pasal biadap, jauh sangatlah saya nak biadap dengan orang.
“Saya paling pantang dan tak suka orang biadap, berlagak, sebab bagi saya, tak payah. Pada pengakhirannya, kita semua sama,” katanya.
Dalam pada itu, Scha turut memohon maaf jika ada peminat yang terguris hati jika ada tindakannya yang tidak disengajakan.
“Kalau ada yang pernah mengalami hal kurang menyenangkan begitu dengan saya, saya nak minta maaflah. Mungkin saya tak sedarkah, ada masalahkah, tak sengaja.
“Jadi harap rasa tidak senang itu mungkin daripada saya punya salah yang tak sedar. Maaf kerana buatkan anda terasa begitu,” katanya.
Sementara itu, Scha berkata menyifatkan trend itu hanya permainan namun meminta orang ramai berhati-hati dengan perkara dikongsikan.
“Trend kat Twitter begitu, kadang-kadang okay, kadang-kadang tak. Cuma janganlah terlalu taksub sampai jatuh hukum terhadap individu itu. Hati-hati dengan hal yang kita nak cakap, kongsi, label orang.
“Ini kerana kesannya mungkin mereka tak nampak dan hanya mainan. Tetapi, memberi kesan kepada orang yang kena itu,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source