Raja Permaisuri Agong berkenan melawat pameran produk kraf di Amman, Jordon
PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat pameran produk kraf Jordan River Design di Amman, semalam.
Laman Facebook Istana Negara dalam satu kenyataan memberitahu, pameran tersebut mempamerkan produk rekaan hasil seni tradisional Jordan yang diselitkan elemen kontemporari.
Menurut laman Facebook berkenaan lagi, produk yang terdapat di situ dibuat oleh golongan wanita kurang bernasib baik yang dibantu oleh Jordan River Foundation
“Permaisuri Jordan, Permaisuri Rania merupakan pengerusi yayasan tersebut, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokuskan kepada keselamatan kanak-kanak dan pengukuhan komuniti.
“Produk yang dipamerkan turut dipasarkan ke seluruh dunia,” kata kenyataan itu hari ini.
Laman Facebook Istana Negara berkata, Tunku Azizah kini berada di Amman, Jordan mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi lawatan khas selama empat hari bermula semalam atas persilaan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan di Zahran Palace esok disusuli dengan keberangkatan ke Majlis Jamuan Sambutan Perkahwinan Diraja di Al Husseinieh Palace di Amman pada sebelah malam.
“Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada Jumaat ini,” kata kenyataan itu. -KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source