Syamsul, Sarah sikit lagi, Farid, Diana masih jauh…
MINGGU ini, udara mahkamah syariah kembali marak membabitkan isu rumah tangga empat selebriti popular, Puteri Sarah Liyana bersama Syamsul Yusof serta Farid Kamil dan Diana Danielle berkaitan tuntutan perceraian yang difailkan isteri masing-masing.
Biarpun belum berkesudahan, terbaharu status rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul seolah-olah memberi bayangan bakal menemui jalan pengakhiran apabila mahkamah memaklumkan ‘dapatan’ yang dibaca pegawai Jawatankuasa Pendamai (JKP) menyimpulkan perkahwinan mereka tidak boleh diselamatkan.
Sehubungan itu, 14 Jun telah diputuskan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sebagai tarikh baharu untuk sebutan status pengesahan lafaz cerai antara Puteri Sarah dan Syamsul.
Peguam syarie kepada Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, kedua-dua pihak perlu mengesahkan dua lafaz cerai yang didakwa pernah dilakukan Syamsul sebelum ini dan perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana membabitkan talak.
“Mahkamah puas hati pegawai JKP telah kendalikan kes dengan tertib dan dapatan JKP terhadap prosedur yang dijalankan mendapati perkahwinan ini tidak dapat lagi diselamatkan.
“Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentangkan hari ini (Khamis) mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) antara pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga,” ujarnya.
Sementara itu, peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul berkata, Syamsul menafikan pengesahan lafaz cerai dua kali sebelum in.
“Sebelum prosedur kes ini diteruskan, mahkamah meminta pihak-pihak memfailkan pengesahan lafaz cerai tersebut,” katanya.
Ujar Azmi memandangkan Puteri Sarah membangkit isu tersebut (lafaz cerai), maka dialah yang perlu memfailkan pengesahan berkenaan.
Justeru Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes untuk mengetahui status seterusnya berhubung isu lafaz cerai dua kali itu.
Farid – Diana tiada sepakat
Tumpuan seterusnya terarah kepada isu rumah tangga pasangan Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle yang menjalani prosiding sulh pada Khamis lalu bagi membincangkan hak penjagaan anak masih gagal menemui kata putus.
Peguam mewakili Diana, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff, berkata proses berkenaan dijangka masih panjang kerana memerlukan perbicaraan lanjut susulan kedua-dua belah pihak tidak mencapai kata sepakat.
“Sulh kali ini adalah untuk membincangkan mengenai hadanah antara anak guam dan defendan (Farid). Sekarang ini sulh terbahagi kepada dua, pertama adalah hadanah interim pada 30 Mei ini.
“Proses hari ini (Khamis) adalah untuk hadanah induk yang kami failkan untuk mendapatkan hak penjagaan penuh. Ini adalah proses biasa, selepas kami failkan, akan dibawa ke sulh mediasi. Kalau ada persetujuan terma-terma, perkara itu boleh direkodkan sebagai perintah mahkamah.
“Tapi setakat ini tidak ada lagi persetujuan dicapai, jadi kami akan teruskan dengan sesi sebutan untuk mahkamah,” katanya.
Kata Puteri lagi, jika proses sulh yang berlangsung pada Khamis lalu boleh mencapai kata sepakat, soal penjagaan anak sudah boleh direkodkan dan diselesaikan.
Pada masa sama, Farid turut diperintahkan menghantar surat kepada peguam isterinya lima hari sebelum berjumpa dengan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.
“Ada pembaharuan dalam proses untuk berjumpa anak-anak. Saya diminta untuk menghantar surat, lima hari sebelum berjumpa anak-anak.
“Saya akur dan selesa memenuhi permintaan yang telah ditetapkan,” kata Farid.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula perbicaraan hadanah induk pada 1 Ogos depan.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source