Ukraine dakwa pintas serangan dron Russia
KYIV: Tentera Ukraine mendakwa pasukan pertahanan udaranya berjaya memintas serangan dron yang dilancarkan oleh Russia, baru-baru ini.
Namun, tentera Ukraine mendakwa serpihan yang terjatuh akibat serangan itu menyebabkan beberapa kerosakan di ibu negara Ukraine.
Perkara itu dimaklumkan oleh ketua pentadbiran awam dan tentera Kyiv, Serhiy Popko menerusi aplikasi Telegram.
“Tentera Russia sekali lagi melakukan serangan dron besar-besaran.
“Semua sasaran yang dikesan berjaya dimusnahkan oleh pasukan pertahanan udara kami. Malah, tiada serangan berlaku di Ukraine,” katanya.
Menurut Popko, serpihan yang jatuh menyebabkan kerosakan dan kebakaran di sebuah bangunan kediaman di daerah Darnytskyi.
Bagaimanapun, katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Serpihan itu juga menyebabkan beberapa kerosakan di tiga daerah lain dan tiada kematian dilaporkan,” katanya.
Jelas Popko, ia merupakan serangan udaraRussia ke-11 ke atas Kyiv sejak awal bulan ini.
Terdahulu, tentera Ukraine mendakwa dron menuju ke wilayah Kyiv pada awal pagi.
Pihak berkuasa melaporkan letupan kuat berlaku di Kyiv dan juga bandar Chernihiv, timur laut Kyiv. – AFP
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source