Bakal PM Thailand tidak sabar bentuk kerajaan baharu
BANGKOK: Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat yang memenangi pilihan raya umum negara ini menerusi Parti Move Forward mengumumkan kesediaannya untuk membentuk kerajaan demokratik dengan tujuh parti lain.
Pakatan itu kini melibatkan lapan parti iaitu Move Forward, Pheu Thai, Prachachat, Thai Liberal Party, Thai Sang Thai, Fair, Plung Sungkom Mai dan Pue Thai Rumphlang.
Secara keseluruhan, kesemua parti itu mempunyai 313 kerusi dalam Parlimen Thailand.
Menurut Pita, kesemua parti berkenaan ‘berhasrat membentuk kerajaan demokrasi’ untuk rakyat negara ini.
“Setiap undi yang diberikan kepada kami mengandungi suara harapan dan perubahan. Kerajaan baharu akan menggalas tanggungjawab itu dengan penuh keikhlasan untuk setiap lapisan masyarakat.
“Setiap parti dalam pakatan ini bersetuju menyokong saya menjadi Perdana Menteri Thailand yang ke-30,” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Selain itu, Pita juga memaklumkan, pakatan tersebut berusaha untuk mengemukakan memorandum persefahaman (MoU) bagi menentukan arah pentadbiran dan agenda bersama.
MoU itu juga menyasarkan untuk menyelesaikan semua masalah politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara ini, selain Pita memberi jaminan ia akan dikongsikan kepada umum pada 22 Mei ini.
Tarikh itu merupakan ulang tahun ke sembilan rampasan kuasa yang dikuasai perdana menteri ketika ini, Prayut Chan-o-Cha yang merampas kerajaan daripada pimpinan Yingluck Shinawatra pada 22 Mei 2014.
Semalam, Pita turut mendedahkan pakatan itu dalam proses membentuk jawatan kuasa bagi memastikan kelancaran transisi kerajaan.
Kebanyakan parti yang berada dalam pakatan tersebut pernah bekerjasama sebagai pembangkang ketika Prayut mengetuai kerajaan. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source