Indonesia tamatkan kemarau 32 tahun raih ‘ibu pingat emas’
PHNOM PENH – Skuad bola sepak Indonesia menamatkan penantian 32 tahun selepas berjaya meraih pingat emas temasya Sukan SEA Kemboja 2023 dengan menewaskan Thailand 5-2 pada aksi di Stadium Olimpik sebentar tadi.
Pada aksi final yang cukup dramatik itu, skuad Sang Garuda berjaya meraih dua gol awal menerusi ledakan penyerang sensasi Ramadhan Sananta pada minit ke-25 dan ke-45.
Bersambung pada babak kedua, skuad Gajah Perang mempamerkan kebangkitan dramatik dengan kini giliran Anan Yodsangwal menjaringkan gol pada minit ke-65 sebelum Yotsakorn Burapha menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Selepas saingan terpaksa diheret pada masa tambahan, Irfan Jauhari muncul wira pasukan apabila berjaya menyudahkan peluang ketika percubaan satu lawan satu untuk meletakkan Indonesia ke hadapan.
Langkah skuad kendalian Indra Sjafri semakin tersusun apabila Fajar Fathur Rahman menambah gol dengan Beckham Putra melengkapkan kemenangan bergaya 5-2 sehingga wisel penamat ditiupkan.
Ini adalah kemenangan pertama Indonesia dalam pentas Sukan SEA sejak menjuarai pingat emas edisi 1991 di Filipina. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source