“Saya Ada Semuanya Tapi Tuhan Belum Bagi Suami Untuk Bimbing Saya”
Selepas beberapa kali berdepan episod gagal dalam rumah tangga, penerbit Datuk A. Aida mengakui dia bahagia hidup sendirian.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Aida berkata dia tiada masa untuk mencari pasangan apatah lagi sibuk dengan komitmen serta jadual yang padat.
BACA: Bakal Terima Menantu, A.Aida Sanggup Terima Hantaran RM1
“Tak ada masa lah nak cari pasangan buat masa ini. Saya sebenarnya buat masa sekarang ini tak fikir langsung lagilah.
“Sekarang ini saya ‘i’m happy being single’ Itu sahaja. Sebab saya wanita bekerjaya, sibuk dengan macam-macam perkara. Jadual saya juga agak padat,” katanya.
Aida mendedahkan ramai jejaka mendekatinya namun hatinya belum terbuka namun mengakui cemburu melihat kebahagiaan dikecapi rakan dan adik-adik bersama suami.
“Ramai yang mendekati tapi buat masa ini hati saya belum terbuka lagi, kadang-kadang bila saya tengok kawan-kawan, adik saya bahagia bersama suami dia, saya sedih jugak lah.
“Saya teringat kata-kata mak saya, dia kata ‘Tuhan bagi segala-galanya pada saya tapi kalau suami Allah belum bagi lagi’ begitulah.
“Saya cemburu tengok adik-adik saya walaupun mereka tak kerja besar tapi hidup bahagia. Macam saya ini, saya ada semuanya tapi Tuhan belum bagi suami untuk bimbing saya,” luahnya.
Dalam pada itu, Aida turut menitipkan pesanan buat anak sulungnya yang bakal mendirikan rumah tangga. Menurutnya, sebagai isteri perlu buat yang terbaik untuk suami.
“Bagi saya, jodoh dan ajal di tangan Allah. Siapa saja nak kahwin tapi cerai-berai. Macam saya, orang selalu tanya ‘kau ni asyik kahwin cerai’. Ada ke orang nak begitu?
“Semestinya kita kalau nak bernikah pasti nak bahagia till Jannah tapi Tuhan dah tulis semuanya, nak buat macam mana. Kita sedaya upaya mempertahankan, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Sebagai seorang wanita, kena buat yang terbaik untuk suami, jaga makan minum,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source