5 bas ekspres hangus dijilat api
SEGAMAT – Lima buah bas ekspres musnah dijilat api dalam satu kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Kejuteraan 1, Kawasan Perindustrian Segamat, di sini, malam semalam.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd. Hazim Abd. Razak, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada kira-kira pukul 7.10 malam.
“Kebakaran melibatkan lima buah bas yang berada di bengkel bas. Empat buah bas telah terbakar 90 peratus dan sebuah bas lagi terbakar 30 peratus.
“Api yang marak berjaya dikawal daripada merebak ke beberapa buah bas berhampiran yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Muhd. Hazim berkata, kebakaran dapat dikawal dalam masa kira-kira setengah jam dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Seramai 16 anggota dari BBP Bandar Baru Segamat dan BBP Segamat dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta masing-masing sebuah lori tangki dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
Tambah Muhd. Hazim, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source