PM umum tambahan peruntukan hampir RM1 bilion untuk Negeri Sembilan
SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan peruntukan pembangunan 2023 Negeri Sembilan menerusi Belanjawan 2023 hampir RM1 bilion dari segi kemudahan untuk rakyat seperti pengangkutan awam, pendidikan dan perumahan mampu milik.
Anwar berkata, projek baharu itu termasuklah membina jalan susur dari tol Baharu Seremban Ke Lingkaran Tengah Seremban dengan kos projek RM600 juta serta membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dengan Sungai Pelek, Sepang, Selangor dengan kos projek RM160 juta.
Menurut beliau, di Negeri Sembilan, projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi menghadapi masalah yang panjang membabitkan tanah rizab kereta api yang tidak selesai sejak 2015.
“Sukacita diumumkan Kerajaan Perpaduan telah menyelesaikan isu yang lama tertangguh ini dan penyerahan Residensi PR1MA sejumlah 891 unit kepada pembeli akan dapat dibuat mulai 1 Jun.
“Selain itu, pembinaan fasiliti Kementerian Pendidikan dengan kos projek RM280 juta termasuk membina semula sekolah daif dan memperkukuhkan pendidikan khas di negeri ini. Yang lain-lain (projek baharu) akan diumumkan Menteri Besar,” katanya sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, hari ini.
Terdahulu, Anwar tiba pada majlis itu kira-kira pukul 11 pagi, menyantuni orang ramai yang di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah istimewa hari raya.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut memberikan jaminan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pemimpin dan penjawat awam yang mengambil rasuah.
“Kita tak izinkan mana-mana pemimpin atau penjawat awam yang ‘sakau’ duit rakyat. Kalau ada kita humban ke penjara. Inilah kerajaan yang ambil tindakan cukup tegas,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source