Pertukaran Ketua Menteri Pulau Pinang dibincang selepas PRN 6 negeri
MUAR – Sebarang perbincangan mengenai pertukaran Ketua Menteri Pulau Pinang hanya akan dibuat selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP masih menyokong kepimpinan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya, kerajaan Pulau Pinang masih berfungsi seperti biasa dibawah kepimpinan Kon Yeow.
“Bila sampai Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, baru kita bincang tentang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Sekarang ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang belum dibubarkan, kerajaan negeri di sana masih berfungsi seperti biasa. DAP masih mendukung kepimpinan Kon Yeow untuk terus menerajui negeri,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian pada sidang akhbar Konvensyen Tahunan DAP Johor di sini pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Veteran DAP, Lim Kit Siang.
Sebelum ini sebuah portal berita mendakwa kononnya terdapat desakan dari dalam DAP untuk menyekat Kon Yeow daripada kembali menjadi Ketua Menteri selepas PRN akan datang.
Laporan tersebut mendakwa, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bakal kembali menerajui kerajaan negeri selepas mendakwa Kon Yeow dilihat tidak berkesan sebagai Ketua Menteri. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source