Wanita maut dalam perjalanan hantar anak ke UiTM
JEMPOL – Seorang wanita maut, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 10, Jalan Bahau-Rompin, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Halos, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala, saminya dikenali sebagai Yaakob, 61, mengalami kecederaan di tangan kiri dan kedua lutut kiri serta kanan.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghantar anaknya dari Segamat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah.
“Anak pasangan peniaga itu, Nor Wahidayah, 19, tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemalangan ini membabitkan dua buah kenderaan iaitu Proton Wira yan dinaiki oleh tiga sekeluarga berkenaan dan juga pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
“Cuaca ketika itu hujan dan jalan basah. Setiba di tempat kejadian, semasa melalui jalan berselekoh ‘C’, kereta Proton Wira dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
“Pada masa sama, datang pacuan empat roda dari arah Bahau menghala ke Rompin telah melanggar bahagian tengah sisi kiri Proton Wira di laluan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chang Hook, akibat kemalangan ini, penumpang Proton Wira iaitu isteri lelaki tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Bahau yang tiba di lokasi.
“Pemandu kenderaan dan anaknya hanya mengalami luka-luka manakala pemandu pacuan empat roda juga hanya mengalami luka-luka.
“Mayat dibawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat esok,” katanya sambil menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Susulan kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi membantu mengeluarkan mangsa. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source