Suspek pembunuh bersiri wanita tidak dibenar ikat jamin
BANGKOK – Mahkamah Jenayah Thailand tidak membenarkan suspek pembunuh bersiri wanita, Sararat ‘Am’ Rangsiwuthaporn diikat jamin, lapor portal berita Thaiger semalam.
Jumlah mangsa Sararat telah meningkat daripada lapan kepada 13 orang dengan dua daripada mereka bernasib baik kerana terselamat daripada racun sianida.
Mahkamah Jenayah Thailand juga mengeluarkan notis penahanan terhadap Sararat selama 12 hari dari 26 April lalu hingga 7 Mei ini.
Dalam tempoh itu, mahkamah akan menyoal seramai 10 saksi dan menyiasat keputusan bedah siasat mangsa terbaharu yang disyaki meninggal dunia akibat diracun wanita berkenaan.
Ikat jamin tidak diberikan bagi menghalang suspek campur tangan dalam proses siasatan atau melarikan diri.
Kelmarin Timbalan Komisioner Polis Diraja Thailand (RTP), Surachate Hakparn mendedahkan kepada media bahawa 13 orang diracun dengan sianida yang menyebabkan 11 daripada mereka meninggal dunia.
Dua daripada mangsa terselamat termasuk seorang wanita bernama Pla yang tinggal di wilayah Kanchana Buri, tengah Thailand.
Seorang lagi mangsa terselamat yang tinggal di wilayah Isaan Khon Kaen, masih dalam siasatan.
Pla mendedahkan dalam satu temu bual bersama media bahawa dia dan Sararat bersahabat kerana suaminya dan bekas suami suspek pembunuh bersiri tersebut sama-sama pegawai polis.
Suspek dikatakan telah meminjam wang sebanyak 250,000 baht (RM32,702) daripadanya pada September tahun lalu. – Agensi
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source