Samsung umum pendapatan paling teruk dalam tempoh 14 tahun
SEOUL – Samsung Electronics melaporkan keuntungan suku kewangan paling buruk dalam tempoh 14 tahun dan menyalahkan kelembapan perbelanjaan elektronik oleh pengguna dan pasaran tepu mikrocip sebagai punca perniagaan terasnya terjejas.
Syarikat Korea Selatan yang merupakan antara pengeluar cip memori dan telefon pintar terbesar dunia itu menyatakan dalam satu kenyataan hari ini bahawa keuntungan operasi menjunam kepada 640 bilion won (RM2.13 bilion), susut 95 peratus berbanding setahun sebelumnya.
Pendapatan bersih suku pertamanya turut merosot 86.1 peratus kepada 1.57 trilion won (RM52.26 bilion), manakala jualan pula susut 18 peratus kepada 63.75 trilion won (RM21.2 bilion).
Menurut Samsung, perbelanjaan keseluruhan pengguna perlahan ketika persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu.
Samsung juga menyalahkan kelemahan dalam permintaan cip memori yang biasanya menjana separuh daripada keuntungan konglomerat berekaan dan kejatuhan harga cip. – AFP
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source