Watie Maafkan Hana Tapi Tak Mungkin Kembali Jadi Kawan
Pelakon Watie Sadali memaafkan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana Adnan serta tidak mahu lagi memanjangkan isu tuntutan hutang melibatkan mereka.
Memetik mStar Online, Watie berkata dia pernah terdetik untuk berjumpa dengan Hana namun tidak mungkin kembali rapat dengan penyanyi itu.
BACA: Janji Tak Lari Lagi, Watie Setuju Bayar Hutang Hana RM2,000 Sebulan
“Pada awal kontroversi ini mula timbul, ada juga terdetik hati nak berjumpa dengan dia, namun sekarang bila semakin berlarutan rasanya lebih baik tak perlu.
“Saya ampunkan segala apa yang telah dia buat pada saya, namun nak rapat seperti dahulu mungkin tidak. Saya pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan rapat. Lebih senang untuk luangkan masa bersama keluarga kalau ada masa lapang,” katanya.
Sementara itu, Watie berkata dia memilih untuk berdiam diri daripada mengulas mengenai kemelut itu serta percaya dirinya berada di pihak yang benar.
“Kita ikutkan sahaja kehendak dia di dunia ini. Bagi saya kalau tidak selesaikan hal ini hati jadi tak tenang. Bayaran dibuat menerusi peguam kami.
“Selama ini saya berdiam tidak bermakna saya salah. Suami dan peguam juga nasihatkan agar tidak panjangkan lagi isu ini. Saya juga tak mahu isu ini terus menjadi bualan ramai dan boleh menghantui hidup keluarga terutamanya anak saya,” katanya.
Watie kini mengikut perintah dikeluarkan mahkamah pada Disember tahun lalu untuk membuat bayaran sebanyak RM2,000 setiap bulan untuk melangsaikan tuntutan saman RM796,000 kepada Hana.
Terdahulu, Hana menang saman terhadap Watie berikutan pelakon itu gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank menggunakan namanya untuk membeli kereta Toyota Wish.
Hana mendakwa dia membuat pinjaman bank pada September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon itu tidak layak untuk membuat pinjaman.
Bagaiamanpun, Watie gagal membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga Hana diisytiharkan muflis.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source