Op Selamat 20: 2,486 kenderaan kemalangan sehari sebelum raya
PETALING JAYA – Sebanyak 2,486 kenderaan terlibat kemalangan direkodkan pada hari pertama Op Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara, hari ini.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, kereta mencatatkan kemalangan tertinggi sebanyak 1,705 buah terlibat di seluruh negara.
“Kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan pacuan empat roda adalah sebanyak 207 diikuti motosikal (279), kenderaan pelbagai guna (150) , lori (91), van (44) dan bas (10),” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melancarkan Op Selamat 20 sempena Aidilfitri bermula 20 hingga 27 April ini.
Acryl memaklumkan, operasi selama lapan hari tersebut akan dilaksanakan oleh JSPT dengan tema ‘Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi’.
Beliau dipetik berkata, fokus utama operasi itu adalah memastikan kelancaran aliran trafik, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.
Acryl memaklumkan, PDRM menerusi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) akan memfokuskan pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes pecah rumah.
Justeru itu, beliau mengarahkan semua elemen melibatkan MPV, URB serta rondaan bit akan digerakkan di taman-taman perumahan, premis perniagaan dan pusat ibadat yang menjadi tumpuan orang ramai.- KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source