Selangor FC pamer aksi lima bintang
PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC terus mempamerkan belang pada kempen Liga Super musim ini selepas menewaskan Terengganu FC 5-1 pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe kekal membariskan kesebelasan terbaik dengan Ayron Del Valle, Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal merencanakan jentera serangan.
Skuad tuan rumah tidak menunggu lama untuk meraih gol pembukaan apabila Ayron bijak menyudahkan hantaran kapten pasukan, Brendan Gan untuk meletakkan Selangor FC mendahului seawal minit ke-17.
Gol tersebut menaikkan semangat rakan-rakan sepasukan dan kini giliran Faisal menambah jaringan kedua berselang empat minit kemudian.
Penjaga gol TFC, Rahadiazli Rahalim tewas buat kali ketiga pada babak pertama hasil daripada sepakan penjuru yang berjaya disudahkan oleh pemain pertahanan muda, Harith Haiqal pada minit ke-40.
Bersambung pada babak kedua, skuad Sang Penyu menghidupkan sisa peluang apabila merapatkan kedudukan hasil jaringan pemain import, Ivan Mamut pada minit ke-61.
Namun, Selangor semakin agresif untuk menambah jaringan apabila Ayron meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-71 sekali gus hampir mengesahkan tiga mata penuh buat skuad Merah Kuning.
Pemain gantian, Aliff Haiqal Lau melengkapkan aksi ‘lima bintang’ dengan menjaringkan gol kelima pada minit ke-84 selepas menerima umpanan daripada Ayron dengan keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source