Sebab famili puaka, tiada rumah untuk anak – Puteri Sarah
PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah memberi amaran buat suaminya, Syamsul Yusof jangan sudah diberi betis, inginkan paha pula.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkongsi perbualan antaranya dengan pengarah filem Munafik itu dan menasihatkan agar dia tidak mencampuri urusan dirinya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap madunya, Ira Kazar dan keluarga wanita itu.
“Sebab famili puaka tu, rumah untuk Syaikhul dan Sumayyah takda, tunggu awak ada duit lebih pula.
“Murah sungguh nilai famili anda semata-mata nak tarik kes famili puaka? Minta maaf. Saya sanggup lawan nak penjarakan semua famili puaka. Semoga masuk penjara termasuk anda.
“Jangan main-main dengan saya. Jangan masuk campur (urusan) saya nak saman famili Ira. Ini antara saya dan mereka. Siapa suruh kurang ajar dengan saya. Rasain loo masuk penjara.
“Saya boleh berbaik dengan anda tapi tidak dengan mereka. Jangan paksa saya buat sesuatu yang buat semyua orang menyesal,” tulisnya berkongsi perbualan dengan Syamsul dalam Instastory.
Sementara itu, Sarah, 38, turut memaklumkan suaminya itu bertindak kembali menyekat (block) nombor telefonnya dalam aplikasi Whatsapp selepas kemelut baharu yang tercetus.
Sarah berkongsi tangkap layar perbualan dirinya menidakkan dakwaan Syamsul dia akan menarik saman terhadap Ira Kazar seperti didakwanya di mahkamah semalam.
“La block saya balik? Lemah. Nak bukti sangat. Saya tak pernah kata nak tarik balik saman dekat famili Kaza. Saya cakap kita selesaikan satu per satu. Tolonglah cakap dengan fakta,” tulisnya.
Semalam, media melaporkan Syamsul tidak jadi menceraikan isteri pertamanya itu atas beberapa alasan antaranya melibatkan penarikan semula kes Saman Sarah terhadap Ira Kazar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source