“Saya Sedang Dekatkan Diri Dengan Agama Islam..” – View Chin Akui Bakal Nikahi Mira
Pempengaruh media sosial, View Chin mengakui dia telah bersedia untuk memeluk agama Islam dan bakal mengahwini pekerjanya, Amirah Aqilah.
Keputusan itu dibuat susulan isterinya, Shermine Hau-Ah moi mendedahkan perbuatan curang suaminya di media sosial.
Menerusi temu bual bersama Kosmo, View Chin berkata dia kini dalam proses mendekatkan diri dengan agama Islam dan merancang untuk menikahi Amirah atau lebih dikenali sebagai Mira.
Buat masa ni saya nak uruskan masalah saya dengan bekas isteri dan bila perkara ni dah setel dan kembali seperti sedia kala, saya akan mengahwini Mira.
Dalam pada itu, TikToker terkenal itu mengakui perbuatan curangnya bersama pekerja itu merupakan satu kesalahan dan akan cuba memperbetulkan semua perkara.
Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam.
Bukan itu sahaja, View Chin turut mengakui tentang dakwaan dia bercuti berdua bersama Mira di Bali, Indonesia adalah benar.
Masa tu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu.
Malah, influencer itu memaklumkan bahawa dia sudah lama berniat untuk memperisterikan Mira apatah lagi selepas mengetahui tentang kecurangan bekas isteri sejak tiga tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source