‘Jangan sampai tinggal imam, bilal pada akhir Ramadan’
SHAH ALAM: Umat Islam dinasihatkan supaya berlumba-lumba melakukan ibadah pada hari-hari terakhir Ramadan di masjid dan surau berbanding menyibukkan diri membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri.
Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Muhammad Hafiz Mohd. Haneefa, berkata akhir-akhir ini kebanyakan masjid dan surau hanya tinggal imam, bilal dan ahli kariah lazim sebagai jemaah solat tarawih.
“Sewajarnya umat Islam memburu satu malam iaitu malam Lailatul-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kadang-kadang apabila imam sakit perut hanya tinggal bilal sahaja yang menjadi imam dan makmum,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Huffaz Ke-16, malam tadi.
Beliau yang juga dikenali sebagai PU Hafiz memberitahu, program tersebut menjadi sebahagian daripada komitmen PITAS untuk mengimarahkan 10 hari terakhir Ramadan dengan program seperti mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran 15 kali secara beramai-ramai di masjid.
“Tahun ini kita turut mengadakan program motivasi dan majlis penganugerahan kepada tokoh-tokoh huffaz. Insha-Allah tahun hadapan kita akan cipta kelainan solat tarawih hingga sahur dengan mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran,”ujarnya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source