SADA laksana pelan kontingensi sempena Aidilfitri
ALOR SETAR: Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) akan melaksanakan pelan kontingensi selama lima hari bermula Khamis ini sebagai persediaan awal berdepan kemungkinan gangguan bekalan air di seluruh negeri sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.
SADA dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, pihaknya menjangkakan berlaku peningkatan permintaan air melebihi 30 peratus oleh pengguna negeri ini disebabkan orang ramai pulang ke kampung masing-masing.
“Selain itu ditambah lagi faktor cuaca kemarau yang dijangka berlarutan di beberapa kawasan sehingga penghujung April ini menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
“Dari sudut operasi, SADA meningkatkan pemantauan bersepadu di kesemua 35 Loji Rawatan Air (LRA), rumah pam serta kolam imbangan dalam usaha bagi memaksimakan peratusan pengeluaran air dan memastikan aset dan infrastruktur air beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, kakitangan SADA terutama yang bekerja di bidang teknikal akan bertugas dan diminta bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan selain kerja-kerja penyelenggaraan berjadual termasuk pembaikan paip dan penukaran meter turut ditangguh buat sementara waktu.
“Sekiranya berlaku gangguan bekalan air, orang ramai boleh menghubungi Pusat Informasi SADA (SIC) melalui talian hotline 1300-88-0017 yang beroperasi bermula 8 pagi hingga 12 malam setiap hari,” katanya.
Jelasnya, bagi mengurangkan kesesakan panggilan di talian hotline, SADA juga akan mengaktifkan Bilik Gerakan di peringkat Ibu Pejabat yang berfungsi sebagai platform tambahan bagi pengguna menyalurkan aduan melalui talian 04-7408976.
“Pengoperasian Bilik Gerakan akan bermula pada 21 April hingga 23 April ini pada 8 pagi hingga 8 malam. Selain itu, Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diwujudkan di lima lokasi yang dikenal pasti oleh SADA sebagai kawasan yang berisiko tinggi mengalami masalah gangguan bekalan air,” jelasnya.
Tambahnya, PKS tersebut akan dilaksanakan melalui jalinan kerjasama dan keterlibatan secara langsung daripada kakitangan SADA, pemimpin setempat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 5 petang, pada 21 April hingga 23 April ini.
Sehubungan itu, SADA menasihati orang ramai agar dapat menggunakan air secara berhemah sepanjang musim perayaan dan melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya sekiranya berlaku gangguan bekalan air disebabkan perkara di luar jangka. –UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source