Perak terima peruntukan Jakim RM77.7 juta
PUTRAJAYA- Kerajaan negeri Perak menerima cek cura peruntukan kewangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi tahun 2023 berjumlah kira-kira RM7.7 juta.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, peruntukan itu bagi pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selain imam, bilal, siak dan guru takmir.
Katanya, ia juga termasuk bayaran khas RM600 sekali bayar kepada kumpulan berkenaan di negeri tersebut.
“Peruntukan Kewangan Jakim kepada negeri adalah sebahagian daripada jumlah RM1.5 bilion bajet bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam menerusi Belanjawan 2023.
“Agihan ini merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini.
Hakimah berkata, pihaknya berharap peruntukan disediakan itu dapat mencapai usaha kerajaan dalam memperkasa pengurusan hal ehwal Islam ke arah membina generasi Al-Falah (berjaya) selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Sebelum ini, Mohd. Na’im memberitahu pembayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara sekali bayar itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri secara berperingkat selewat-lewatnya hari ini.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini kepada para penerima dapat memberikan keceriaan dalam suasana membuat persiapan sambutan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source