Hidayah Bawa Hamzah Berubat Hingga Ke Gunung Jerai
Sebelum ini, Balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi pengamal perubatan Islam untuk membantu dirinya dan anaknya kerana mendakwa terkena sihir.
Baru-baru ini, Hidayah berkongsikan dia membawa anak tunggalnya, Hamzah ke Gunung Jerai, Kedah untuk ikhtiar berubat.
BACA: Anak Hidayah Disihir Sejak Bayi, Tak Kuat Pegang Sudu Sebab Saraf Rosak
Difahamkan, Hidayah bersama anaknya itu ke Telaga Tok Sheikh di Gunung Jerai serta berharap segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
“Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh, semoga anak ibu kembali sihat sedia kala. Amin.
“Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini. Sebab mereka tak pernah rasa, apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang.
“Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu ‘post’ gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu,” tulisnya.
Terdahulu, menerusi satu video Hidayah yang kelihatan sugul memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Hamzah mengalami gangguan ‘sihir’ itu sejak Abam meninggal dunia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source