Sharnaaz Ahmad Dah Ada Kekasih Tapi Segan Nak Cerita
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang namun malu untuk bercerita mengenai soal perbadinya secara terbuka.
Memetik mStar Online, Sharnaaz berkata usianya semakin meningkat membuatkan dia segan untuk bercerita serta bimbang jika hubungan tersebut tidak berakhir dengan baik.
BACA: “Jaga Sensitiviti, Nabila Isteri Orang” – Sharnaaz
“Memang saya ada berkawan dengan seseorang. Tetapi saya tak mahu jadi macam kisah sebelum ini dengan terlalu bercerita soal peribadi.
“Saya akan cerita bila sudah betul-betul sah nanti, Usia sekarang pun semakin meningkat, jadi segan nak bercerita. Biarlah artis muda kongsi kisah peribadi mereka pula, saya dah rasa semua itu dulu,” katanya.
Pernah berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini, Sharnaaz berkata dia sedar dirinya tidak sempurna serta percaya setiap manusia ada kekurangan tersendiri.
“Apabila bergelar dudu, dah jadi macam penyakit apabila kita mencari kesempurnaan pada pasangan baru. Saya sedar diri ini tidak sempurna. Rasa takut hubungan kali ini tak menjadi sebab salah sendiri. Saya pun kenalah sedar diri sendiri. Saya pernah berkahwin dan juga pernah melakukan kesilapan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source