“Dia Takut Nak Keluar..” – Uqasha Dedah Kamal Trauma, Terperap Di Rumah Sampai Rasa Tertekan
Selepas insiden diserang individu tidak dikenali sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, pelakon, Kamal Adli dikatakan trauma untuk keluar rumah.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Uqasha Senrose yang berkongsi perkembangan terkini suaminya.
Menurutnya lagi, Kamal lebih memilih untuk berdiam diri di rumah kerana masih ketakutan dan trauma dengan serangan yang menimpanya.
Dia takut nak keluar rumah, lebih memilih untuk duduk di rumah. Tapi, disebabkan terperap di rumah, dia jadi sedikit tertekan.
Dalam pada itu, Uqasha berkata suaminya tidak dapat berbuat apa-apa untuk masa sekarang memandangkan dia masih dalam proses pemulihan dan emosinya juga yang masih terganggu.
Dia sebenarnya nak bekerja, tapi keadaan dia masih tak mengizinkan.
Turut terkesan dengan insiden tersebut, pelakon berusia 30 tahun itu memaklumkan dia masih rasa berdebar-debar untuk keluar ke mana-mana.
Memang perasaan takut itu masih ada, sebab tu kemana saja saya pergi pasti berteman, memang saya tak berani untuk keluar berseorangan.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen berkata, mereka masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Institut Kesihatan Mental (IMH) Singapura berkenaan status kesihatan mental penyerang.
Difahamkan, individu berkenaan telah didakwa di mahkamah Singapura atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya dan telah diperintah mahkamah untuk menjalani tahanan reman di IMH.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source