Sanggup beratur dua jam untuk tukar duit raya
SHAH ALAM – Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada minggu hadapan, orang ramai kini semakin ligat membuat persiapan termasuk menukar wang kertas baharu untuk diberikan kepada ahli keluarga dan tetamu.
Tinjauan Kosmo! di beberapa buah bank di sekitar Shah Alam mendapati, orang ramai beratur panjang sejak pagi untuk menukar wang.
Seorang pelanggan bank, Nor Alina Hishamuddin, 35, berkata, dia beratur pada pukul 8.30 pagi bagi tujuan tersebut dan urusan membuat penukaran wang selesai pada pukul 10.30 pagi.
“Saya datang awal hari ini (semalam) kerana bimbang kehabisan duit kertas baharu. Kalau hari ini habis, esok saya kena datang dan beratur lagi.
“Pihak bank meminta pelanggan beratur dan menunggu giliran untuk mendapatkan duit kertas baharu,” katanya ketika ditemui semalam.
Bagi akauntan, Wan Nurlisa Bakhtiar, 37, pula, dia memperuntukkan sebanyak RM500 untuk menukar 100 keping not RM5 untuk diberikan kepada anak-anak dan anak saudaranya.
“Memang menjadi kelaziman saya akan memberikan duit raya RM5 untuk anak-anak dan anak saudara pada setiap tahun.
“Hendak beri lebih tak dapat sebab gaji bulan ini sudah diperuntukkan untuk membeli barangan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.
Sementara itu, pengawal keselamatan bank dikenali sebagai Amir memberitahu, dianggarkan 100 pelanggan membuat penukaran wang raya setiap hari.
“Urusan tukaran wang terpaksa dihentikan pada pukul 11 pagi kerana kuotanya penuh.
“Orang ramai masih berpeluang berbuat demikian pada esok (hari ini) dan Jumaat ini dengan setiap individu dibenarkan menukar wang baharu maksimum RM1 (500 keping), RM5 (500 keping) dan RM10 (100 keping),” jelasnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source