“Tak Mahal Sebab Ada Pembeli..” – Disindir Jual Baju Melayu Harga RM1,499, Ini Jawapan Rizman Ruzaini
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini tampil memberi respon setelah mereka disindir gara-gara menjual set baju melayu berharga RM1,499 sepasang.
Baju Melayu yang dimodelkan oleh penyanyi Hael Husaini itu juga dilaporkan telah habis ataupun ‘sold out’ setelah ia dipasarkan dalam tempoh kurang dua minggu.
Maklum Rizman dan Ruzaini, meskipun penjualan baju itu menerima kecaman berikutan harganya yang mahal, namun ia tetap laku kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Seperti Rizman Ruzaini sendiri, kita ada banyak range. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal dan ada RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’.
Jadi mereka boleh pilih di mana mereka nak beli baju. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun sold out.
Difahamkan, baju Melayu RR edisi ‘luxe’ ini dijual dalam kadar yang eksklusif iaitu sekitar 500 hingga 1,000 pasang sahaja.
Terdahulu, warga maya terutamanya di media sosial Twitter tampil mempersoalkan harga baju Melayu keluaran pereka fesyen terkenal ini yang dianggap terlalu mahal.
Namun begitu, ia terjual dengan pantas sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya tentang ‘target market’ selain jenis kain yang digunakan dalam penghasilan baju Melayu itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source