Tiga cedera, seorang parah melibatkan kenderaan Brunei
MIRI: Empat individu selamat manakala seorang cedera parah dalam satu insiden kemalangan di Bandar Baru Permy Jaya, di sini pada tengah malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya terbabit kira-kira pada jam 11:25 malam tadi.
“PGO Sarawak terima panggilan dari kecemasan memaklumkan kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta milik nombor pendaftaran Brunei.
“Setibanya pasukan di lokasi didapati kemalangan kendiri tersebut melibatkan empat (4) orang mangsa yang mana dua (2) orang mangsa telah di keluarkan oleh orang awam dan 2 orang lagi mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan tersebut,” katanya.
Bagaimanapun ujarnya, pasukan operasi telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan stretcher dan tidak mengunakan peralatan khas rescue tool kerana mangsa yang terperangkap dalam keadaan tidak tersepit.
“Mangsa seterusnya d serahkan kepada pihak perubatan Kementerian Kesihatan ntuk rawatan lanjut.
“Kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan dan jentera EMRS,” jelasnya.
Sehingga berita ini ditulis, kesemua mangsa terlibat belum disahkan kewarganegaraan masing-masing.- utusan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source