Perak FC kecundang lagi
KUALA LUMPUR: Perak FC gagal menggunakan peluang menentang Kuala Lumpur City (KL City) FC yang beraksi dengan 10 pemain apabila kecundang 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebentar tadi.
Skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim mensia-siakan peluang untuk sekurang kurangnya mencatatkan keputusan seri selepas T.Saravanan dilayangkan kad merah pada minit ke-64.
Pada awal permulaan separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan gagal merencanakan gerakan merbahaya untuk mengancam kubu lawan.
Bagaimanapun, penguasaan bola lebih memihak kepada KL City FC dan peluang terbaik mereka hadir menerusi Tchetche Kipre yang melakukan lencongan daripada sepakan sudut namun berjaya dinafikan penjaga gol Perak FC, T. Shaheeswaran pada minit ke-22.
Gol KL City FC terhasil di hujung babak pertama apabila Sebastian Avanzini memanfaatkan keadaan kelam kabut di depan gawang Perak FC selepas Shaheeswaran gagal menangkap kemas bola hasil sepakan percuma Paulo Josue.
Bersambung babak kedua, KL City FC terus menguasai permainan namun, gagal menambah jaringan apabila serangan mereka berjaya dipatahkan barisan Perak FC.
Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada KL City FC sekali gus menyaksikan Perak FC tumbang buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super musim ini.
Kemenangan itu menyaksikan KL City berada di kedudukan kelapan liga dengan sembilan mata manakala Perak FC ke kedudukan ke-11 liga dengan lima mata.
Selepas ini, Liga Super berhenti seketika bagi memberi laluan kepada aksi Piala FA dengan KL City FC akan berdepan Imigresen FC pada Jumaat ini sementara Perak FC sudah tersingkir di peringkat awal.-UTUSAN ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source