Bekas isteri bakal jadi bilionair selepas bercerai dengan suami
BEIJING – Seorang taikun teknologi China, Zhou Hongyi mencapai persetujuan dengan bekas isterinya, Hu Huan untuk memindahkan saham bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.40 bilion) daripada syarikat keselamatan siber sekuriti, Qihoo 360 Technology kepada wanita berkenaan sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian mereka, lapor portal berita inshorts semalam.
Menurut agensi berita Bloomberg, Hongyi memberikan 6.25 peratus kepentingan saham bernilai kira-kira AS$1.3 bilion (RM5.72 bilion) kepada bekas isterinya, Hu Huan selepas rundingan perceraian, menurut pemfailan syarikat tersebut.
Tidak banyak yang diketahui umum tentang Huan yang tidak bekerja di syarikat itu dan tidak memegang saham sebelum perjanjian itu.
Hongyi, 52 yang merupakan pengerusi syarikat tersebut bagaimanapun kekal sebagai pemegang saham yang mengawal syarikat berkenaan dan telah mendirikan rumah tangga dengan Huan lebih 20 tahun lalu.
Huan dilahirkan pada 1971 dan merupakan warganegara China tetapi merupakan penduduk tetap Singapura, menurut pemfailan berasingan.
Taikun itu menyahsenaraikan Teknologi Qihoo 360 miliknya daripada Bursa Saham New York pada Julai 2016 dan mula berdagang pada Februari 2018 di Shanghai dan syarikat yang sama itu dikenali sebagai 360 Security Technology di bandar raya tersebut.
Menurut senarai Forbes, nilai bersih taikun itu kini ialah AS$2.7 bilion (RM11.89 bilion). – Agensi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source