“Berapa Puluh Jam Nak Sampai Kampung Ni” – Rakyat Pantai Timur Gusar Nak Balik Beraya, Jalan Gua Musang Ditutup
Tular baru-baru ini mengenai beberapa rakaman foto memaparkan keadaan jalan raya yang sesak selepas jalan utama di Gua Musang, Kelantan ditutup untuk penambahbaikan.
Foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook itu difahamkan telah dirakam pada hari pertama penutupan jalan tersebut.
Berikutan itu, rakyat terutamanya penduduk negeri pantai timur yang bermastautin di ibu kota tampil meluahkan rasa gusar kerana bakal melalui jalan tersebut apabila menjelangnya hari raya nanti.
Risau bakal ‘berkampung’ di atas jalan raya akibat kesesakan teruk, seorang anak perantau dikenali sebagai Nik Koidin memberitahu bahawa jika jalan tidak ditutup, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan boleh mencecah sehingga 16 jam.
#GuaMusang Hari pertama penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, di sini, menyebabkan aliran trafik sesak selain menyebabkan sebahagian pelajar Sekolah Maahad Muhammadi lewat hadir ke sekolah.https://t.co/Q7pC3JRboC
— Harian Metro (@hmetromy) April 4, 2023
Tak pasti kali ini berapa lama perantau akan berada dalam kenderaan mereka. Pelik kenapa tarikh ini juga yang dipilih untuk tutup jalan.
Dalam pada itu, ramai juga yang berpendapat pihak bertanggungjawab sepatutnya melakukan projek penyelenggaraan jalan raya pada tarikh yang lain bukannya pada hari perayaan di mana semua orang pakat bercuti dan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source