Tiga projek penting di Kuantan dijangka siap tahun ini
KUANTAN: Tiga projek penting di bandaraya ini membabitkan kerja-kerja menaik taraf laluan Gambang ke Segamat, projek pembinaan jambatan kedua bandar Kuantan ke Tanjung Lumpur dan projek pembentungan fasa satu, dijangka siapa sepenuhnya penghujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, pihaknya sudah diberikan taklimat oleh pihak berkaitan berhubung pelaksanaan projek-projek berkenaan.
Menurutnya, kerajaan negeri berpuas hati dengan perkembangan tersebut sejurus meninjau projek-projek berkenaan dalam satu lawatan kerja.
“Saya diberikan penjelasan oleh pihak kontraktor yang terbabit bahawa jambatan kedua Tanjung Lumpur ke pusat bandar merentasi Sungai Kuantan akan siapa sekitar bulan Ogos tahun ini.
“Projek naik taraf Jalan Gambang-Segamat pula akan diserahkan kepada pihak berwajib pada bulan Mei depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohammad Fakhruddin berkata, projek pembentungan di jalan Teluk Sisek di sini sudah siap sepenuhnya.
“Jalan tersebut sudah dibuka kepada lalu lintas Sabtu lalu sekali gus menyelesaikan isu kesesakan yang sering berlaku di jalan berkenaan.
“Baki projek pembentungan iaitu di Jalan Gambut dan Sungai Soi (Pak Mahat dan Bandar Putra) kini sudah memasuki peringkat terakhir dan dijangka dalam tempoh terdekat,” katanya.
Dalam pada itu, katanya lagi, semua pihak terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), syarikat konsesi jalan, kontraktor dan lain-lain diharap dapat terus bekerjasama dengan baik dan melaksanakan semua projek mengikut piawaian serta jadual ditetapkan. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source