“Anak Lebih Percaya Orang Yang Baru Hidup Dengannya Dari Ibu Yang Melahirkan” – Ibu Syamsul Yusof
Sehingga ke hari ini masih belum ada kesudahannya mengenai isu kemelut rumah tangga melibatkan pasangan selebriti sensasi, Syamsul Yusof, Puteri Sarah serta isteri kedua, Ira Kazar.
Biarpun perit hal yang dilalui oleh Puteri Sarah tetapi beruntungnya dia kerana masih mendapat sokongan ibu mentua, Datin Patimah yang sentiasa berada di sisi untuk berganding bahu menegakkan kebenaran.
Walaupun Syamsul merupakan anaknya, dia sama sekali tidak menyokong tindakan anak lelakinya itu mengahwini wanita lain tanpa restu keluarga.
Terbaharu, ibu kepada pengarah tersebut sempat meluahkan rasa kecewa di Instagram Storynya mengenai anak yang lebih mempercayai orang yang baru dikenali daripada ibu kandung sendiri.
Hantaran seterusnya, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu berdoa agar petunjuk daripada Allah bakal terbukti dan bukannya daripada orang ‘sesat’.
Sebelum ini, Syamsul Yusof ada memohon maaf kepada Datin Patimah kerana enggan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah dan sedar kemelut yang berlaku ketika ini menyakiti hati seorang ibu tetapi pengarah itu yakin masa akan memulihkan segala masalah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source