RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat diluluskan
KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dengan lebih suara bersetuju.
RUU yang membolehkan Mahkamah Persekutuan diberi kuasa menyemak semula rayuan banduan hukuman mati itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh.
Ramkarpal berkata, ketika ini seramai 1,318 banduan hukuman mati sedang dikenakan moratorium dan menunggu keputusan kerajaan bagi hukuman gantian terhadap hukuman mati itu.
“Apabila bercakap mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori tidak boleh mengelak daripada perbualan mengenai nasib banduan hukuman mati yang sedang melalui tempoh moratorium.
“Moratorium ini sudah berjalan sejak kerajaan memutuskan satu kajian terhadap hukuman gantian bagi hukuman mati,” katanya ketika membentangkan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Ramkarpal menjelaskan, kerajaan berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam meneliti hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.
Menurut beliau, cadangan itu turut dibawa untuk pertimbangan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-261 yang diadakan pada 22 dan 23 Februari lalu memandangkan ia turut membabitkan banduan yang sudah dipertimbangkan Lembaga Pengampunan.
“Majlis Raja-Raja memperkenan kertas pertimbangan mengenai perkara ini,” jelasnya lagi.
Kata beliau, RUU itu tidak bermaksud kuasa budi bicara mahkamah terhapus dan mahkamah perlu beri hukuman gantian pemenjaraan kepada semua banduan hukuman mati.
Beliau berkata, mahkamah masih mempunyai kuasa mengekalkan hukuman mati jika berpandangan sedemikian selepas menyemak semula hukuman yang dijatuhkan.
Tambah beliau, permohonan mengkaji semula hukuman perlu dibuat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh kuat kuasa akta ini
Ujar beliau, jangka masa itu memadai kerana kes hanya perlu difailkan dalam tempoh berkenaan, bukan diselesaikan dalam 90 hari.
“Pendengaran rayuan boleh didengar antara enam hingga setahun dan tiada had masa untuk pendengaran,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source