Penuntut IPT maut, saksi kemalangan dikesan
KLANG – Polis sedang mengesan saksi kemalangan melibatkan seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang maut dalam kejadian langgar lari di Persiaran Sultan Ibrahim di sini, semalam.
Kejadian pukul 6 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 23 tahun berkenaan menunggang motosikal Yamaha Y150 bersendirian dari Klang menghala Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain di laluan sama.
Menurutnya,keadaan itu mengakibatkan lelaki berkenaan hilang kawalan dan terjatuh ke kiri jalan.
“Mangsa yang cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Namun, mangsa disahkan meninggal ketika menerima rawatan pada pukul 9 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Vijaya, pemandu kenderaan itu bagaimanapun belum tampil membuat laporan berhubung kemalangan tersebut.
“Justeru, saksi kemalangan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fadli Ismail di talian 017-2141318 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO!ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source