“Cuba Nak Berdamai, Tapi Ditolak..” – Ali Puteh Sedih Tak Dapat Jumpa Anak Arwah Abam
Pelawak Ali Puteh memaklumkan dia pernah meluahkan hasrat untuk berdamai namun ditolak oleh ‘pihak’ sana.
Malah, dia dan keluarganya juga telah disekat daripada mengikuti sebarang perkembangan akaun media sosial arwah abangnya sejak bertahun yang dulu.
Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih. Namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai, lagi akan bertambah hal.
Takkan saya nak tunjuk saya pun sudah disekat (media sosial) . Apa yang boleh saya katakan adalah, saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya.
Ali juga memberitahu akan cuba membayar tuntutan saman selewatnya aidilfitiri ini dan sedang berusaha menjual baju kanak-kanak di TikTok Live.
Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran. Namun permohonan itu pun ditolak, mesti ada yang tak kena.
Dalam pada itu, Ali juga meluahkan rasa sebak dan sedih kerana tidak dapat bertemu anak arwah Abam iaitu Hamzah.
Lebih menyayat hati, arwah ibunya juga tidak sempat melihat Hamzah sebelum meninggal dunia.
“Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, cuma akan mencuba sebaik mungkin untuk bayar saman RM60,000 secepat mungkin.” katanya lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source