Tiada kompromi isu integriti – Utusan Malaysia
GEORGE TOWN: Penjawat awam khususnya warga jabatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya berkompromi dalam aspek melibatkan integriti ketika menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ketua jabatan dan agensi bertanggungjawab melakukan pemantauan supaya penjawat awam tidak melanggar undang-undang yang akan menjejaskan integriti dan nama baik kerajaan secara keseluruhan.
“Integriti sangat penting apatah lagi penjawat awam berkhidmat menerusi agensi dan jabatan yang berhadapan dengan rakyat yang menjadi mata dan telinga kerajaan.
“Segala langkah yang kita ambil diperhatikan dan rakyat juga menilai kualiti perkhidmatan kerajaan serta agensi-agensinya.
“Walaupun begitu, saya berkeyakinan kita akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan terus bekerja untuk berbakti kepada rakyat,” katanya.
Beliau berucap pada majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN di Dewan Komuniti Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban di sini malam ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Dalam majlis sama, seramai 100 asnaf disantuni dan menerima sumbangan duit raya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source