Lelaki terjatuh jet ski ditemui selamat
GEORGE TOWN – Seorang pelancong yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ketika menaiki jet ski di perairan Pulau Tikus di sini petang semalam ditemui selamat pagi tadi.
Mangsa, Mohd. Rabbila Suad Zainal Abidin, 50, dari Simpang Ampat dikatakan bertindak berenang ke pantai berhampiran Penang Swimming Club di Tanjung Bungah.
Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohammed berkata, pihaknya bersama Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 12 tengah malam tadi sebaik menerima maklumat dari Balai Polis Tanjung Tokong.
Menurutnya, maklumat awal yang diterima sebelum ini memaklumkan pemilik jet ski telah melakukan pencarian setelah menyedari jet ski yang disewa mangsa sekitar pukul 5 petang itu hilang dari penglihatannya.
“Laporan polis kemudian dibuat oleh pengadu di Balai Polis Tanjung Tokong. Dalam kejadian itu, mangsa telah meninggalkan dompet serta dokumen pengenalan diri termasuk telefon bimbit kepada pemilik jet ski sebelum keluar beriadah.
“Lebih kurang pukul 10.20 pagi tadi, Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang telah mendapat panggilan daripada Balai Polis Tanjong Tokong dan memaklumkan mangsa telah ditemui selamat dengan berenang ke pantai berhampiran Penang Swimming Club,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Jelas beliau, mangsa ditemui dalam keadaan baik dan telah dibawa ke Balai Polis Tanjong Tokong untuk siasatan lanjut.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source