Pelaburan

New Balance FuelCell Propel v4 Kasut Larian Terbaik Direka Bagi Tingkatkan Kelajuan

New Balance FuelCell Propel v4 Kasut Larian Terbaik Direka Bagi Tingkatkan Kelajuan

rumahkabin black

Kerap kali bila MASKULIN menulis tentang kasut larian di antara perkara atau elemen paling penting perlu ada ialah keselesaan, faktor responsif dan juga kemampuannya mendorong pemulangan tenaga yang efisien.

Baru-baru ini MASKULIN telah sempat menguji sendiri kasut terbaru dari New Balance di satu sesi shoe trial khas yang diketuai oleh pakar kecergasan dari MOTIONLAB.

New Balance FuelCell Propel v4 Kasut Larian Terbaik Direka Bagi Tingkatkan Kelajuan

Dalam sesi shoe trial yang berlangsung di New Balance Pavilion KL, MASKULIN bersama beberapa peserta lain diberi melakukan sesi senaman yang berkisar kepada faktor keseimbangan. Tamat sesi senaman tersebut ternyata apresiasi terhadap New Balance FuelCell Propel v4 semakin meningkat.

New Balance FuelCell Propel v4 Kasut Larian Terbaik Direka Bagi Tingkatkan Kelajuan
Para peserta diberi peluang untuk menguji New Balance FuelCell Propel v4 yang terkini melalui sesi Strength 101 dengan MOTIONLAB.

Pada pandangan pertama New Balance FuelCell Propel v4 kelihatan seperti kasut larian biasa yang mempunyai rekaan cukpu versatil. Tapi tahukah anda aspek versatil itu bukan sahaja pada rupanya malah pada kemampuan dan ciri-cirinya kepada pelari.

SERBA BOLEH

Tidak salah untuk mengangkat FuelCell Propel v4 sebagai salah satu kasut larian dari New Balance cukup serba boleh.

Ia ternyata direka untuk pelari dari semua gaya. Apa yang membezakannya dengan yang lain mungkin dengan penambahan plat TPU yang terletak pada bahagian di antara dua lapisan kusyen FuelCell berlantunan tinggi.

New Balance FuelCell Propel v4 Kasut Larian Terbaik Direka Bagi Tingkatkan Kelajuan

Dari segi reka bentuk tersebut maka terhasil pulangan tenaga dengan kekakuan di bahagian hadapan untuk pergerakan ke hadapan yang mendorong.

Bahagian atas jaring yang lembut, premium, teknikal dengan tindanan tanpa jahitan pula menawarkan sokongan ringan dan faktor ‘breathbale’.

New Balance FuelCell Propel v4 Kasut Larian Terbaik Direka Bagi Tingkatkan Kelajuan

Selepas melakukan beberapa sesi larian menggunakan New Balance FuelCell Propel v4 perkara utama yang paling menonjol ialah aspek kestabilan dan keseimbangan dimilikinya.

Jujur MASKULIN katakan buat mereka yang sedang mencari kasut larian harian yang serba boleh atau pelumba jarak jauh yang empuk, Fuelcell Propel v4 merupakan pilihan yang sangat tepat.

See also  Portugal tempah tiket ke pusingan 16 terbaik

PALING MENARIK

Ciri paling menarik bagi kami ialah pada bahagian tapak tengah FuelCell mempunyai tunggangan yang bertenaga manakala plat fleksibel membuat peralihan lebih pantas apabila anda perlu meningkatkan kelajuan.

New Balance FuelCell Propel v4 juga cukup sesuai untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti. Sama ada untuk berjalan kaki, berlari atau melakukan sesi senaman berintensiti tinggi.

New Balance FuelCell Propel v4 Kasut Larian Terbaik Direka Bagi Tingkatkan Kelajuan

Kemas kini rekaannya secara keselurhannya menawarkan tahap prestasi yang tinggi lalu memberikan ruang kepada pengguna meningkatkan prestasi terutamanya dari segi kelajuan apabila melakukan larian.

Secara keseluruhannya versi terbaru dari siri Propel ini telah dipertingkatkan dengan cukup signifikan berbanding yang sebelumnya.

New Balance FuelCell Propel v4 Kasut Larian Terbaik Direka Bagi Tingkatkan Kelajuan

Plat TPU baharu telah menjadikannya kasut yang lebih mengujakan, menambahkan kestabilan, kelancaran dan serba boleh serba guna. Kasut larian yang berada dalam kelasnya tersendiri.

New Balance FuelCell Propel v4 kini boleh didapati dalam empat variasi warna berbeza di kesemua outlet New Balance (kecuali Sunway Pyramid) dan juga laman e-dagang www.newbalance.com.my.

Rating MASKULIN: 4/5



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link