Hartanah

Ayam Tandoori Versi Anak Ramai, Ibu Pantang Pun Boleh Makan. Ayah Ini Kongsi Resipi Mudah!

Ayam Tandoori Versi Anak Ramai, Ibu Pantang Pun Boleh Makan. Ayah Ini Kongsi Resipi Mudah!

rumahkabin black

Kalau teringin nak makan ayam tandoori bolehlah buat sendiri. Memang sedap, layan pula dengan roti naan memang lengkap padanan tu! Kalau nak makan di kedai makan Mamak, takut tak sempat nak merasa.

Maklumlah nak masuk Ramadan mesti ramai yang akan ke sana selepas solat terawih atau untuk bersahur. Jadi, lebih baik dibuat sendiri. Bolehlah sediakan dahulu ramuannya, nanti cuba buat untuk berbuka puasa nanti.

Mohamad Arymin berkongsi resipi ayam tandoori ini di grup Masakan Berpuaka;

Ayam Tandoori versi Anak Ramai

Ituhari terbuat Ayam Tandoori versi anak ramai.
Tapi By right kalau rasa Ayam mahal, kena kurangkan makan ayam. Tiberr…Hahaha 😂.
Resepi dan Caranya ada dekat kapsyen setiap gambar di bawah. Selamat mencuba.

Ayam Tandoori Versi Anak Ramai, Ibu Pantang Pun Boleh Makan. Ayah Ini Kongsi Resipi Mudah!
Sumber foto: Facebook Mohamad Arymin

Baca Juga:

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!

Bahan-bahan:

– 1 ekor Ayam, AJ potong 10
– 5 ulas bawang putih, dikisar
– 1 cm Halia, dikisar
– 3 tbsp minyak masak
– 6 tsp Yogurt Asli
– 2 tsp Serbuk Cili
– ½ tsp Garam Masala
– 1 tsp Serbuk Ketumbar
– ½ tsp Serbuk Lada Hitam
– ¼ tsp Serbuk Kunyit
– 2 tbsp Jus Limau
– 1 tsp Pewarna Merah
– ½ tsp Garam
– Sedikit maggi cukup rasa
– Sedikit Limau Kasturi, jika suka

Ayam Tandoori Versi Anak Ramai, Ibu Pantang Pun Boleh Makan. Ayah Ini Kongsi Resipi Mudah!
Sumber foto: Facebook Mohamad Arymin

Caranya:

1. Satukan semua bahan, jadikan pes. Letak perasa mengikut citarasa korang.
2. Masukkan Ayam dan perap sekurangnya 4 jam dalam chiller.
3. Susun Ayam dalam tray dan bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit.
4. Naikkan suhu kepada 200-220°c dan bakar lagi selama 10-15minit.
5. Suhu ni bergantung kepada oven korang yang ada. Boleh tambah lagi masa membakar tu jika ayam belum cukup masak.

Sedap kalau buat ayam tandoori ni, makin lama ia diperap rasanya akan bertambah kick dan isi ayam bertambah lembut. Ayam tandoori ini juga sesuai dimakan kalau sedang berpantang. Bolehlah cuba buat nanti, tak susah sangat kalau tengok pada cara yang dikongsikan oleh ayah ini.

See also  “Saya Dah ‘Consult’ Wakil TikTok, Polis Dan Peguam Sebelum Buat Content” – Video ‘POV’ Suami Isteri Guna Anak Bawah Umur Dikecam, Wanita Beri Penjelasan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link