Pelaburan

Tempoh Bertunang Peluang Nak Kenal Pasangan, Siapkan Diri Masuk Alam Rumah Tangga

Tempoh Bertunang Peluang Nak Kenal Pasangan, Siapkan Diri Masuk Alam Rumah Tangga

rumahkabin black

Islam memandang pertunangan itu sebagai satu jalan untuk mencapai matlamat yang besar iaitu berkahwin tetapi ia tidak menjadi syarat sah sebuah perkahwinan. Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam isu berkenaan. Baginda telah bertunang dengan Saidatina Aishah dan Saidatina Hafsah. Menerusi ikutan ini, maka pertunangan ialah satu perkara yang sunat di sisi Islam.

GALAKAN DALAM ISLAM BAGI MENGADAKAN PERTUNANGAN ADALAH UNTUK SALING MENGENALI TABIAT DAN AKHLAK PASANGAN SEBELUM PERLANGSUNGAN AKAD NIKAH.

Dengan itu juga, ia dapat mempersiapkan diri pasangan untuk meneruskan tujuan murni yang utama iaitu kahwin. Ia dapat menguat dan mengekalkan hubungan cinta di alam rumah tangga yang bakal ditempuhi.

Tempoh Bertunang Peluang Nak Kenal Pasangan, Siapkan Diri Masuk Alam Rumah Tangga

Sabda Nabi Muhammad SAW kepada seorang sahabat yang ingin bertunang: Lihatlah wanita tersebut, sesungguhnya ia sangat baik bagi mengeratkan hubungan di antara kamu berdua.(Riwayat Ibnu Majah, hadis sahih)

Dalam adat istiadat orang Melayu, beberapa proses perlu dilalui bermula dengan berbisik-bisik, merisik, meminang dan pemberian cincin belah rotan. Perkara adat seperti ini, selagi ia dilakukan tanpa melanggar hukum syarak, maka ia boleh dilaksanakan.

Adat berbisik-bisik dan merisik bersesuaian dengan ajaran Islam kerana ia dapat mengelak daripada bertunang dengan kepunyaan orang sama ada yang sudah berkahwin, dalam idah atau bertunang dengan orang lain dan sangat ditegah. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Janganlah seseorang meminang di atas pinangan orang lain.” (Riwayat al-Bukhari).

See also  “Moga Datuk K Lupakan Impian Nak Kahwin Lain” – Gelagat Siti Nurhaliza Bersenam ‘Battle Rope’ Buat Peminat Terhibur

Tempoh Bertunang Peluang Nak Kenal Pasangan, Siapkan Diri Masuk Alam Rumah Tangga

DALAM ADAT BERTUNANG JUGA, SESEORANG YANG HENDAK BERTUNANG BOLEH MEMINTA NASIHAT DARIPADA ORANG LAIN MENGENAI BAKAL TUNANGNYA.

Cara ini berlaku, apabila Fatimah Qais meminta nasihat daripada Rasulullah SAW tentang bakal tunangnya iaitu Abu Jahm dan Muawiyah (Riwayat Muslim)

Adapun membuat majlis pertunangan merupakan satu adat yang mengandungi acara kenduri dan berkompang, ia tidak menyalahi hukum syarak. Bagaimanapun, merahsiakan pertunangan itu lebih baik mengikut sesetengah pandangan ulama.

Menurut mereka, perkara tersebut ditakuti kerana ada hasad dengki yang ingin memutuskan hubungan pasangan yang bertunang. Sabda nabi SAW: “Bantulah untuk menjayakan hajat-hajat kamu dengan menyembunyikan kerana setiap nikmat itu ada yang didengki.” (Riwayat al-Tabrani, hadis sahih)

Tempoh Bertunang Peluang Nak Kenal Pasangan, Siapkan Diri Masuk Alam Rumah Tangga

Pertunangan yang berlangsung sepatutnya dibuat dalam bentuk sederhana, tidak membebankan dengan menyediakan hadiah-hadiah dan hidangan kenduri.

TERIMALAH BAKAL PASANGAN YANG BERPEGANG DENGAN AGAMA TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGIRA ASPEK-ASPEK YANG LAIN DAN JANGANLAH PULA MENYAKITI HATINYA JIKA TIDAK MENYUKAI.

Tempoh pertunangan dan bayaran mahar yang dipersetujui sebaik-baiknya bersesuaian bagi pasangan tersebut, tidaklah salah seseorang itu tertunggu-tunggu dan terbeban dengan wang.

Dalam tempoh pertunangan juga, menjaga batasan-batasan agama dengan tidak duduk berkhalwat dan berbicara dalam telefon atau sebagainya seperti saling bermesej tentang asmara adalah perkara yang perlu dielakkan oleh setiap pasangan.

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link