Pelaburan

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

rumahkabin black

Lazimnya masakan kari atau gulai sememangnya menggunakan santan sebagai salah satu bahan yang membangkitkan lagi aroma dan kelazatannya. Malangnya, tak semua orang dapat peluang yang sama untuk menikmati masakan yang bersantan disebabkan oleh alergik yang teruk.

Jadi, kali ini resipi kari tanpa santan yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Cempaka Iris Yaya sangat sesuai bagi yang mempunyai alergik teruk.

Resipi ini juga dikongsikan berdasarkan pengalamannya, “Sejak dari kecil lagi, saya tak tahan makan gulai kari yang bersantan. Setiap kali makan, saya akan mengalami sakit perut yang berlarutan hingga 2 ke 3 hari. Kadang-kadang sampai masuk hospital“.

Kari Ikan Tanpa Santan

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

 

Bahan-bahan:

1. 2 ekor ikan bawal (dipotong 3 bahagian/6 ketul)

2. 2 paket kecil serbuk kari ikan (Adabi)

3. 1 paket kecil serbuk cili

4. 1 tangkai daun kari

5. Air asam jawa

6. Sedikit air

7. 2 biji tomato

8. 8 batang bendi

9. 1 kiub ayam Maggi

10. 1 kiub ikan bilis

Bahan-bahan untuk hiris nipis:

1. 3 biji bawang merah

2. 3 ulas bawang putih

3. 1 inci halia

Bahan-bahan untuk rempah tumis:

1. 1 sudu besar halba campur

(Boleh tambah kulit kayu manis dan bunga lawang kalau suka. Saya kalau kari ikan tak suka letak. Kari daging baru saya letak)

 

Cara Penyediaan:

– Goreng ikan dan bendi terlebih dahulu. Kemudian ketepikan. Tak perlu goreng lama sangat, sekejap je.

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

– Bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.

– Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

– Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi (rempah+serbuk cili+sedikit air).Masak sehingga rempah pecah minyak.

See also  “Tak Kesian Kat Anak Ke?” – Isteri Pemain Bola Tempatan Pernah Scam Jual Sofa, Tak Serik Kali Ini Jual Cermin Pula

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

– Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali.

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

– Masukkan air asam jawa dan ikan.

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

– Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.

– Masukkan sedikit air, tomato, sayur bendi. Perasakan dengan (kiub ayam+ kiub ikan bilis) secukupnya.

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

– Siap dihidangkan untuk 5-6 orang tetamu.

Tips:

Untuk masak kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempak masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambah air beberapa kali dan masak sehingga rempah pecah minyak pada setiap kali selepas tambah air.

Ikan dan bendi digoreng terlebih dahulu agar isinya tidak hancur bila dimasukkan ke dalam kuah kari. Yang penting teksturnya lebih segar dan enak dimakan. Selamat mencuba.

Sumber: Cempaka Iris Yaya

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Kari Ikan Tanpa Santan, Wanita Ini Kongsi Tip Cara Masak, Pekat Likat Memang Power!

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link