Pelaburan

BMW Malaysia Tampilkan BMW 3 Series Versi Baharu Dengan Dua Varian Berbeza

BMW Malaysia Tampilkan BMW 3 Series Versi Baharu Dengan Dua Varian Berbeza

rumahkabin black

BMW 3 Series merupakan di antara model kereta BMW yang diangkat sebagai model yang bersifat timeless dan akan relaban sepanjang zaman. Setiap versi yang diperkenalkan pasti akan mencuri perhatian ramai.

Terbaru, BMW Malaysia memperkenalkan dua variabn BMW 3 Series iaitu BMW M340i xDrive dan BMW 330Li M Sport baharu. Kedua-dua varian ini mengekalkan sifat ketangkasan yang mendefinisikan BMW 3 Series untuk memenuhi keperluan pemanduan yang pelbagai.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkongsi, “BMW 3 Series mencerminkan prinsip BMW serta janji ‘Sheer Driving Pleasure’ yang kami laungkan. Merupakan barisan kenderaan yang terlaris di persada global, ciri ketangkasan, keselesaan, keefisienan dan inovasi.

BMW Malaysia Tampilkan BMW 3 Series Versi Baharu Dengan Dua Varian Berbeza
BMW M340i xDrive

“BMW 3 Series juga amat disenangi oleh warga Malaysia, lantas terus memacunya ke hadapan sebagai sedan eksekutif premium yang paling laris dari tahun demi tahun. Berlandaskan versatilitinya, kami dapat menyerlahkan aneka kualiti jentera ini bagi membekalkan pengalaman pemanduan dinamik yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup dan citarasa pelanggan kami.”

PEMANDUAN PROGRESIF

Seperti varian BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport yang dirungkaikan sebelum ini, ruang eksterior dan interior yang serba baharu juga dilihat memodenkan lagi BMW M340i xDrive dan BMW 330Li M Sport yang terkini.

Ia turut dibuktikan dengan rangkuman BMW Curved Display, yang menzahirkan sebuah pengalaman pemanduan yang serba canggih lagi progresif.

BMW Malaysia Tampilkan BMW 3 Series Versi Baharu Dengan Dua Varian Berbeza
BMW 330Li M Sport

BMW M340i xDrive hadir dengan bahagian hadapan diperbaharui menampilkan wajah lebih ekspresif. Ia turut hadir dengan gril ‘kidney’ serba unik dalam bentuk heksagon dan diiringi lampu hadapan LED Adaptif dengan ciri bantuan lampu puncak.

Pada bahagian sisi pula BMW M340i xDrive dilihat membawakan cermin sisi M, set roda aloi ringan M 19 inci dengan penggayaan dwiruji 791 dan dwiwarna M, di samping Brek M Sport dalam rona biru berglos tinggi.

BMW Malaysia Tampilkan BMW 3 Series Versi Baharu Dengan Dua Varian Berbeza

BMW 330Li M Sport pula hadir dengan lampu hadapan LED yang lebih langsing dengan grafik lampu waktu siang yang serba ekspresif. Penampilan elegen BMW 330Li M Sport turut diserlahkan dengan siluet melandai dan tampil dengan panjang keseluruhan yang berukuran 4,823mm dan jarak roda (wheelbase) berukuran 2,961mm.

RUANG DALAMAN

BMW Curved Display menggunakan kuasa digital dan sofistikasi untuk memperkayakan ruang interior kedua-dua varian ini, yang menzahirkan suasana keelegenan.

Sementara Paparan Informasi 12.3 inci dan Paparan Kawalan sentuh 14.9 inci membekalkan akses ke atas aneka maklumat dan fungsi utama, konsol sentralnya juga hadir dengan tata atur yang kemas di samping tuil gear klasik yang kini memperlihatkan rekaan togol yang bersofistikasi tinggi namun minimalis.

 

BMW Malaysia Tampilkan BMW 3 Series Versi Baharu Dengan Dua Varian Berbeza

Bersesuaian dengan watak sporty jentera ini, BMW M340i xDrive baharu membawakan kerusi sport bagi pemandu serta penumpang hadapan, dan kerusi pemandu khususnya didatangkan bersama pelaras elektrik dengan fungsi memori.

Juga dilengkapi secara standard ialah Stereng Kulit M Walknappa yang disulam dengan tangan, Material Bumbung Antrasit M dan juga Trim Interior M Aluminium Rombikel Antrasit.

Untuk kemudahan dan keselesaan tambahan, Pakej Kompartmen Storan, penyaman udara automatik, cahaya ambien, cermin pandangan belakang dengan fungsi anti silau automatik, serta bumbung kaca elektrik juga dibawakan secara standard.

ASPEK HIBURAN

Akhir sekali, aspek hiburan pula dibekalkan kepada kenderaan ini melalui kualiti audio yang tiada tandingannya daripada sistem bunyi keliling Harman Kardon. Disediakan sebagai opsyen tambahan, M Sport Package Pro bagi sedan pacuan semua roda ini juga membawakan tali pinggang keledar berjalur M.

Bagi BMW 330Li M Sport baharu, tempat duduk pemandu didatangkan bersama keupayaan pelarasan elektrik dengan fungsi memori.

Bagi menonjolkan aspek kemewahan sedan tersebut, BMW 330Li M Sport baharu dihiasi dengan Kemasan Trim Interior menggunakan kombinasi warna antara hitam berglos tinggi dan aluminium, kemasan galvanik untuk unit kawalan, Panel instrumen dalam material Sensatec di samping bumbung kaca panorama secara standard.

Sementara itu, watak sporty kenderaan ini pula diserlahkan oleh Stereng Kulit M dan juga Material Bumbung Antrasit M. Ciri-ciri interior yang lain untuk BMW 330Li M Sport meliputi Pakej Kompartmen Storan, penyaman udara automatik tiga zon, cahaya ambien dan cermin pandangan belakang dengan fungsi anti silau automatik. Dari segi hiburan pula, BMW 330Li M Sport baharu didatangkan dengan sistem pembesar suara HiFi.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link