“Memang Saya Tidak Hamil, Belum Lagi,”- Uyaina ‘Janji’ Akan Kongsi Bila Ada Berita Gembira
Mungkin ada sesetengah orang lebih selesa tidak berkongsi tentang perihal diri masing-masing secara terbuka termasuklah tentang kehamilan. Masing-masing ada alasan tersendiri dan mungkin hanya akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai.
Bagi pelakon dan pengacara Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, ibu muda ini mengakui bahawa dia kerap diajukan pertanyaan tentang kehamilan kedua sejak kebelakangan ini.
Malah jelas Uyaina, dia sering ditanya soalan tersebut. Ini mungkin disebabkan ramai selebriti sedang berbadan dua. Sambil mengakui jika ada berita baik, dia pasti akan berkongsi sama seperti kehamilan pertamanya dahulu.
“Kalau ada berita gembira, saya akan kongsikan tetapi buat masa ini, memang saya tidak hamil, belum lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen jenama Ariani, Layar Raya 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Jelas Uyaina, dia mengaku jadual seninya agak padat sekali gus perlu membuat perancangan yang rapi sekiranya ingin berbadan dua.
“Boleh dikatakan merancang juga. Anak sulung saya baru berusia enam bulan dan jadual seni saya kini boleh dikatakan agak padat walaupun sekarang saya belum menerima tawaran lakonan.
“Saya kini perlu memilih tawaran dan skrip yang dirasakan berbaloi, dari segi masa, tenaga kerana sekarang saya sudah bergelar ibu dan isteri.
“Saya mahukan sesuatu yang berbaloi untuk saya melangkah semula ke set penggambaran dan menghabiskan masa yang lama di sana.
“Saya tak nak buat sesuatu yang hanya dapat penat sahaja, jadi ada baiknya jika saya menerima tawaran yang benar-benar menguji bakat lakonan saya,” katanya.
Kredit foto: Facebook Galeri Ariani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link