Pelaburan

Suami Idaman! 5 Aktor Korea Tangkas Di Dapur, Bukan Sekadar ‘Bijak’ Berlakon, Menyanyi & Menari

Suami Idaman! 5 Aktor Korea Tangkas Di Dapur, Bukan Sekadar ‘Bijak’ Berlakon, Menyanyi & Menari

rumahkabin black

Tidak ramai yang menyedari bahawa memasak adalah salah satu kemahiran asas untuk kelangsungan hidup. Tidak kira anda wanita atau lelaki, memasak atau mengemas rumah adalah tugas bersama, bukan berdasarkan genre.

Kini ramai golongan lelaki sudah mahir dengan kerja-kerja memasak di dapur. Buktinya lihat sahaja lima orang barisan pelakon Korea yang tangkas memasak di dapur. Siapa agaknya pelakon Korea itu? Jom kita lihat siapakah mereka!

1. RAIN

Bila bercakap tentang kebolehan Rain dari segi nyanyian, tarian, dan lakonan, itu perkara biasa. Namun, ada kebolehan lain suami pelakon Kim Tae Hee ni tau. Rain telah menunjukkan satu lagi daya tarikan melalui kemahirannya dalam memasak.

Pada tahun 2020, dalam program My Ugly Duckling, Rain bercerita tentang kehidupan rumah tangganya bersama isteri. Dia mendedahkan, “Jadi saya akan bertanya kepada isteri saya terlebih dahulu, ‘Adakah anda mahu makan?’ Dan jika tiada siapa yang mahu makan, saya akan menyediakan makanan itu untuk diri saya sendiri, makan, membasuh pinggan dan mengemas semuanya. Saya suka melakukan perkara seperti itu.”

Pada rancangan lain, Rain memberikan penampilan menarik apabila dia membuat tulang rusuk lembunya sendiri apabila muncul di House on Wheels Musim 3. Hasil masakannya turut dipaparkan dalam siri episod The Hungry dan The Hairy.

2. YOO TEO

Pelakon kelahiran Jerman pada 1981 ini telah berkahwin dengan Nikki S. Lee, seorang artis visual dan jurugambar yang 11 tahun lebih tua daripada dirinya.

Dalam siaran program Honeymoon Tavern, Yoo Teo berkongsi bahawa dia telah bekerja sambilan di restoran sashimi selama 1 tahun di New York. Yoo Tae mampu membuktikan dirinya sebagai chef utama.

3. RYU SOO YOUNG 

Menerusi program realiti KBS bertajuk Stars’ Top Recipe at Fun Restaurant, tidak dinafikan kemahiran memasak pelakon Korea ini.

Sehingga kini, suami kepada pelakon Park Ha Sun itu telah memenangi enam pertandingan. Antara menu yang dimenangi dalam pertandingan tersebut ialah Ayam Chee Chee, Ayam Tortilla Chee, Mee Cuka Soya Bijan, Tteokbokki Susu Pekat Madu, Ayam Sos Krim Epal, dan Ayam Goreng Sos Mala.

4. KIM JAE WON

Daripada program yang sama seperti Ryu Soo Young, nama Kim Jae Won turut dikenali kerana kebolehannya memasak. Kebolehan memasak Kim Jae Won ditambah pula dengan pengetahuan tentang bahan masakan yang sihat telah memukau ramai penonton.

Dalam rancangan masakan itu, dapat dilihat anaknya, Kim Yi Jun, sentiasa menyokong dan menggemari masakan bapanya.

5. KI TAE YOUNG 

Suami ahli SES Eugene sangat memberi perhatian khusus dalam kehidupan sehariannya. Dia sentiasa menjadi suami dan bapa yang boleh dipercayai. Bukan setakat memasak, malah menjaga dua anak perempuannya.

Dia sangat mengambil berat tentang kandungan nutrisi makanan yang dimakan oleh anak perempuannya. Dia juga sentiasa mengambil kira kandungan karbohidrat, protein dan lemak yang betul dalam setiap makanan yang dimasaknya.

Pelakon lelaki Korea yang handal di dapur memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa memasak bukan soal jantina. Semua orang boleh memasak. Jika tidak tahu, boleh belajar!

Sumber: idntimes.com

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link