Hartanah

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

rumahkabin black

Dabong kawasan pedalaman di Kelantan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong dan pengembara. Port untuk membuat aktiviti ekstrem dengan harga yang cukup berpatutan.

Anda yang nak ke sana boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Gemas yang juga dikenali sebagai jungle train atau juga boleh memandu sendiri ke Dabong.

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400! Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

Paling best bila memandu bolehlah singgah untuk layan view kat sana tak kurang hebatnya, cantik dan menyegarkan. Tambah pula boleh meneroka ke tempat-tempat lain sepanjang perjalanan dan juga ke lokasi makanan sedap yang sering dikongsi di media sosial.

Sempena cuti hujung minggu yang panjang, Khairoul Hussen, isteri dan beberapa rakan telah membuat trip ke Dabong pada hujung bulan Januari yang lalu. Berkongsi itinerari lengkap dengan kos yang digunakan sepanjang percutian tiga hari dua malam mereka.

Memilih penginapan Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, memang seronok melihat perkongsian percutian mereka. Naik ATV, enjoy water rafting dan juga pengalaman membuat aktiviti zipline antara yang dilakukan ketika mereka di Dabong.

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!  Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

Nak tahu apa lagi yang menarik ada di Dabong, ikuti perkongsian lelaki ini:

ITINERARY PERCUTIAN BAJET PUTRAJAYA-DABONG

=======================

Durasi: 3 Hari 2 malam

Jumlah orang: 5 dewasa 1 kanak-kanak

Dabong merupakan lokasi popular bagi yang gemarkan keindahan alam semula jadi di samping melakukan aktiviti sukan lasak (extreme). Terletak di selatan daerah Kuala Krai, Kelantan. Dabong dihubungkan dengan jalan raya, jalan sungai dan rel keretapi dari pekan & bandar-bandar besar.

Daku ingin kongsikan itinerary percutian kami (diriku, isteriku Emy dan rakan sekerjaku Emily dan anaknya John, Ijan dan Ana) ke Dabong pada 21 hingga 23 Januari baru-baru ini.

PERSIAPAN AWAL

============

Pada awalnya, kami bercadang untuk mengunakan perkhidmatan keretapi yang boleh dinaiki di Stesen KTM Gemas. Akan tetapi, ekoran trip kami jatuh pada cuti hujung minggu yang panjang, tiket telah hampir habis dijual 2 bulan sebelumnya. Hanya tinggal tiket tempat duduk perseorangan yang berselerak dengan gerabak yang lain-lain.

Oleh demikian kami memilih untuk menggunakan jalan darat untuk ke Dabong. Disebabkan kami masing-masing tidak memiliki kenderaan 6 tempat duduk. Kami menyewa kereta jenis Mitsubishi Outlander, RM540 untuk 3 hari.

Kebaikan menggunakan kenderaan sendiri berbanding perkhidmatan keretapi adalah kami bebas untuk bergerak ke mana-mana jika ada keperluan ke kedai runcit atau kedai makan.

Kos minyak kami untuk 3 hari ni adalah RM180. Kami beruntung kerana pada waktu kami bergerak ke Dabong, kami tidak dikenakan bayaran tol ekoran pengumuman kerajaan yang tiada kutipan tol untuk semua tol seluruh negara bagi perayaan tahun baharu cina.

Syukur Alhamdulillah.

Untuk trip kali ini, kami telah memilih untuk tinggal di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park . Kemudahan di sini serba lengkap selain kedudukannya di kaki Gunung Stong betul-betul berada di tepi Sungai Kenerong menjadikannya pakej lengkap kepada pencinta alam.

Kami tempah kediaman jenis 3 pipes muat utk 6 orang, 2 orang sebilik. Kos RM190 semalam termasuk sarapan pagi.

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400! Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

HARI PERTAMA

============

Kami bertolak seawal pukul 3:00 pagi dari Putrajaya kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan dek orang ramai pulang ke Pantai Timur. Perjalanan kami kami mengambil masa lebih kurang 8 jam (perjalanan biasa 5 jam) dengan 2 lokasi hentian. Kami berhenti di Petron Kuala Lipis untuk menunaikan Solat Subuh dan Kedai Roti Canai London, Gua Musang untuk sarapan pagi. Kos sarapan kami 6 orang RM30.

Kami tiba di Dabong kira-kira pukul 9:30 pagi. Perancangan pagi itu hendak membuat aktiviti meneroka gua (caving), akan tetapi setibanya kami di Kompleks Gua Ikan, premis ditutup. Menurut seorang pengasuh (orang yang membawa pelancong), kompleks ini telah ditutup sejak September 2022 untuk tujuan pemeliharaan dan pemulihan gua.

Oleh kerana itu, kami terus ke Stesen Keretapi KTM Dabong untuk mengambil foto dan makan tengah hari di situ. Kos makan tengah hari adalah RM60 untuk 6 orang.

Kami sampai awal di Pipe Resort sekitar pukul 12:30 tengah hari. Kami terpaksa menunggu sehingga pukul 2 untuk kami masuk ke bilik penginapan. Sementara itu, kami hamparkan flying sheet dan berehat untuk menghilangkan lelah masing-masing.

Untuk hari pertama ini, kami hanya berehat di Pipe Resort dan kami kemaskan kawasan kediaman kami. Kami pasangkan meja, khemah, tikar hamparan dan sebagainya. Setelah itu, berendam dan berehat di batu sungai.

Seusai itu, kami keluar ke Adam Café untuk makan malam. Kos makan malam RM100 untuk 6 orang. Untuk aktiviti sebelah malam, kami hanya berehat di anjung tempat kami tinggal. Berborak, minum kopi dan bermain kad monopoly.

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400! Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

HARI KEDUA: AKTIVITI LASAK

======================

Hari kedua kami mulakan dengan bersarapan di Café Jelawang Resort seawal 8 pagi.

Aktiviti pertama kami hari ini adalah menunggang ATV. Kos sebuah ATV adalah RM35 dan sebuah ATV boleh dinaiki 2 orang. Kami ambil 3 ATV. Untuk aktiviti ATV ini, kami telah dibawa merentasi kawasan ladang kelapa sawit dengan trek yang dikhaskan untuk ATV ini.

Setelah itu, kami terus melakukan aktiviti zipline/flying fox. Kos untuk seorang RM15. Selesai acara zipline kami berehat di bilik sementara menunggu aktiviti water rafting yang dijadualkan pada pukul 12 tengah hari.

Untuk aktiviti ini, kami dijemput oleh Bob, pemilik Stong Outdoor & Xventure dan dibawa menuju tempat mula water rafting di Sungai Kenerong.

Kos untuk water rafting adalah RM70 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Selain itu, Stong Outdoor Venture turut membuat aktiviti water tubing.

Selesai aktiviti ini, kami kembali ke resort kira-kira pukul 4:30 petang. Petang itu kami hanya berehat di kawasan sekitar Resort dan bermain air sungai.

Makan malam kami hari ini di Ahmad Ikan Bakar. Kos semuanya adalah RM95.

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400! Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400! Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

HARI KETIGA: MASA UNTUK PULANG

===========================

Pagi itu kami sarapan seperti biasa. Kemudian kami berkemas untuk pulang. Kami check-out pada pukul 10. Perjalanan balik ke Lembah Klang agak sesak sedari Gua Musang mungkin ramai warga kota merancang untuk balik awal bagi mengelakkan kesesakan keesokan harinya.

Kami singgah di Azmi Steam Fish dekat Lipis untuk makan tengah hari. Kos RM150.

Disebabkan googlemap & waze menyatakan berlaku kesesakan teruk di bentong dan karak. Kami decide untuk guna laluan anternatif tanpa tol. Kami sekali lagi jimat di sini.

Kami sampai di Lembah Klang sekitar pukul 7 pada hari itu.

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400! Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

Sekian.

RINGKASAN KOS

==============

Aktiviti : RM585.00

Makanan : RM435.00

Penginapan: RM380.00

Kenderaan & Petrol: RM720.00

Jumlah keseluruahan: RM2,120.00 untuk 6 orang

Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!  Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!Trip Ke Dabong Naik Kereta Pun Best, Port Aktiviti Ekstrem Tapi Harga Murah. Stay 3H2M Bajet Seorang Tak Sampai RM400!

Moga bermanfaat.

#Dabong #kelantan #travel #living

Kredit: Khairoul Hussen & Azuana Hamid

 



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link