Hartanah

Dua juruwang cedera kereta rempuh pasar raya

rumahkabin black

SUNGAI PETANI – Dua juruwang cedera selepas sebuah kereta jenis Proton Persona merempuh dinding sebuah pasar raya di Bandar Puteri Jaya di sini, hari ini.

Pengurus pasar raya itu, Teh Kok Hueng, 55, berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu mengakibatkan dua pekerja wanita dikenali sebagai Nik Azni, 27, dan Jun Aziz, 34, mengalami kecederaan pada pinggang dan kaki.

“Dua mangsa itu didapati tersepit di dalam pasar raya kesan rempuhan itu dan kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu kereta sedang mengundur keluar meletakkan kereta di hadapan pasar raya.

“Bagaimanapun, pemandu terkejut apabila ada kereta lain dipandu laju dari arah belakang menyebabkannya menekan pedal minyak secara mengejut dan bergerak ke hadapan sehingga merempuh dinding pasar raya,” ujarnya.

Tambahnya, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Dulu Test Pregnant Naik Dua Line Dekat Tanah Suci, Kini Mua Bellaz Bawa Baby Pula Tunai Umrah!